Pengumuman Cuti Umum Tahun Baru Cina.

Merujuk perkara di atas, dimaklumkan bahawa SRI al Ainani akan bercuti pada :

Bil

Perkara

Tarikh

1.

Cuti Umum Tahun Baru Cina

31 Januari ( Jumaat )

2.

Cuti Peristiwa ( Tambahan )

3 Februari ( Isnin )

2.   Kelas akan berjalan seperti biasa pada hari Selasa ( 4 Februari ).

3. Kelas Tambahan PSRA  (bagi pelajar Tahun 6 sahaja) akan bermula Sabtu ( 1 Mac ) dari 2 Petang- 4 Petang sehubungan dengan itu Pelajar Tahun 6 WAJIB hadir jika gagal hadir ke kelas-kelas berikutnya tanpa sebab munasabah pihak sekolah tidak teragak-agak membatalkan nama pelajar dari senarai calon PSRA 2014. Sekian , Harap maklum dan terima kasih.

Sambutan Mailudur Rasul Peringkat Sekolah Rendah Islam Al-Ainani

 

 

Sekolah Rendah Islam Al-Ainani menyambut Maulidur Rasul peringkat sekolah pada 24 Januari 2014 ( Jumaat ) di mulakan dengan Perarakan Selawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Kemudian pelajar berkumpul di dewan sekolah. Majlis dimulakan dengan Selawat ke atas Junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Seterusnya pelajar Al-Ainani turut menyampaikan persembahan seperti nasyid, sajak & lakonan dari pelajar tahun 1 hingga 6. Majlis diakhiri dengan jamuan makan.

Program Kelas Bahasa Arab Umum ( Dewasa ) Setiap Hari Sabtu & Kelas Pengajian Al-Quran ( Dewasa ) Pada Setiap Hari Isnin, Selasa & Rabu.

 

Adalah dimaklumkan Al Ainani akan menganjurkan Program Bahasa Arab Umum Dewasa pada setiap Hari Sabtu mulai 8 Februari dari Jam 9 pagi hingga 11 pagi. Menggunakan Modul Teknik Mudah Bahasa Arab oleh Ustaz Wan Mohd Zahari Bin Wan Abu Bakar ( Pengajar Bahasa Arab Program Imam Muda Musim Ke 2 ) bertempat di Al-Ainani.Yuran bulanan RM 80.00 Sahaja. Terbuka kepada Masyarakat Umum.

Manakala Program Kelas Pengajian Al-Quran Dewasa akan bermula mulai bulan Februari 2014, Kelas akan diakan pada Hari Isnin,Selas & Rabu ( 11am-1pm ) Yuran Bulanan RM 80.00 Sahaja. Jika tuan/puan berminat boleh hubungi ( Fahmi ) di 016-2855627 @ 03-33243629. Di harapkan Ibubapa/penjaga dapat menyampaikan maklumat ini kepada rakan-rakan dan jiran-jiran di kawasan tuan/puan. Sekian, terima kasih.

Cuti Sempena Sambutan Maulidur Rasul & Cuti Umum Thaipusam.

 Sukacita dimaklumkan bahawa Sekolah Rendah Islam al Ainani akan bercuti pada 14 Januari 2014 ( Selasa ) bersempena Cuti Sambutan Maulidur Rasul. Manakala Cuti Umum Thaipusam adalah pada 17 Januari 2014 ( Jumaat )

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah adalah mengikut sesi masing-masing yang akan diadakan pada 24 Januari 2014  ( Jumaat ). Sehubungan dengan itu pelajar hendaklah memakai baju melayu & baju kurung hari raya pada hari tersebut. Mohon juga agar pelajar dapat membawa sedikit juadah pada hari tersebut. Harap Maklum dan Terima Kasih.

 

 

 

 

Pendaftaran Dibuka Sekarang Bagi Sesi 2014 / Program Cuti Sekolah ( 2 Disember – 27 Disember 2013 )

Sukacita dimaklumkan bahawa Pendaftaran bagi Tahun 1 hingga 6 dan Pra Sekolah ( Al Islamic Pre School ) untuk pelajar umur 5-6 tahun di buka sekarang.

Manakala Program Cuti Sekolah Bulan Disember akan bermula dari ( 2 Disember – 27 Disember ; Isnin-Jumaat ) ; Jam 8.30 pagi – 10.30 pagi. Subjek yang akan diajar sepanjang Program tersebut ialah :-

1. Iqra’ / Muqaddam / Al Quran ( One to One )

2. Bahasa Arab

3. Latihan Jawi

4. Latihan Solat

Program ini merangkumi bagi umur 5 – 6 tahun ( Pra tahun 1 ) dan Darjah 1 hingga 6. Yuran hanyalah RM 80.00 sahaja. Jika tuan/puan ada apa-apa persoalan dan pertanyaan sila hubungi Sdr.Fahmi di 016-2855627 atau Pejabat Sekolah : 03-33243629.

Sesi Persekolahan 2014 akan bermula pada 2 Januari 2014 ( Khamis ). Segala Pembayaran AM dan Kitab mesti dijelaskan sebelum bermula sesi  persekolahan 2014 ( Selewat-lewatnya pada Sabtu 28 Disember 2013 ) Harap maklum dan terima kasih.

Program Motivasi & Kem Ibadah pada 28 – 29 Disember 2013 bagi Pelajar Sekolah Menengah dan Rendah.

Program ini terbuka kepada Semua Pelajar  ( Umum ). Tarikh program adalah seperti di bawah :

Tarikh : 28 Hingga 29 Disember 2013 ( Sabtu dan Ahad ) ( 2 hari )

 Tema : “ Membina Jati Diri Ke Arah Kecemerlangan Dunia dan Akhirat ”

 Tempat : Sekolah Rendah Islam Al-Ainani , Taman Seri Andalas Klang.

 Bayaran Peserta : RM 150.00 ( Seorang )

Sinopsis Program :  Melalui Program Motivasi dan Kem Ibadah ini dengan kepelbagaian kaedah dan metodologi , pelajar akan dibawa menyedari, memahami dan seterusnya menghayati hidup bermaruah, berbudi dan berjasa kepada diri, keluarga, bangsa, dan Negara.

Objektif :

1. Yakin pada diri.

2. Menyemaikan budaya cintakan ilmu.

3. Membina rasa tanggungjawab.

4. Tabah mengharungi cabaran semasa.

5. Mempunyai prinsip hidup yang jelas.

6. Sukses – sebagai anak , pelajar dan kawan baik.

7. Menjadi agen perubahan yang positif.

Sehubungan dengan itu pelajar akan bermalam di sekolah ( Sila lihat lampiran tentatif program ) makan dan minum akan disediakan. Program ini di hadkan kepada 100 orang peserta sahaja. Jika tuan/ puan berminat sila isi borang peserta yang dilampirkan. Borang beserta dengan bayaran hendaklah dikembalikan kepada pejabat selewat-lewatnya 6 Disember 2013 ( Jumaat ).  Jika tuan ada apa-apa persoalan atau pertanyaan sila hubungi ( Sdr. Fahmi ) 016-2855627. Sila datang ke Pejabat SRI AL AINANI untuk mendapatkan Borang Kem Ibadah dan Motivasi. Sekian , terima kasih.

 

Maklumat Cuti Hari Raya Haji , Cuti Awal Muharam , Minggu Ulangkaji , Peperiksaan Akhir Tahun , Hari Kad Laporan dan Program Cuti Sekolah Bulan Disember 2013.

Sukacita dimaklumkan bahawa takwim SRI Al Ainani adalah seperti berikut :

Bil

          Perkara

Tarikh

1

Cuti Hari Raya Haji Tambahan 14/10/2013 -16/10/2013 ( Isnin-Rabu )

2

Minggu Ulangkaji 21/10/2013 – 4/11/2013 ( 2 Minggu )

3

Peperiksaan Akhir Tahun 6/11/2013 – 8/11/2013(Rabu – Jumaat)11/11/2013 – 12/11/2013 (Isnin – Selasa)

4

Cuti Awal Muharam 5/11/2013 (Selasa)

5

Sesi Persekolahan Berakhir 22/11/2013 (Jumaat)

6

Hari Kad Laporan 23/11/2013 (Sabtu), 8:00 pagi – 12:00 tengahari

 

2. Pihak sekolah memohon jasa baik tuan/puan agar memastikan anak tuan/puan menghadirkan diri selepas peperiksaan akhir tahun 2013 untuk menjalani Latihan Amal Islami dari 18-22 November 2013.

3. Kami amat berbesar hati dengan jasa baik dan sokongan tuan/puan ke atas aktiviti dan perancangan kami dalam usaha mendidik dan memantapkan pengetahuan agama pada anak-anak tuan/puan. Diharapkan juga tuan/puan dapat menjelaskan yuran bulan November sebelum berakhirnya sesi persekolahan 2013. Hari Kad Laporan adalah pada hari Sabtu (23 November 2013) dari jam 8:00 pagi hingga 12:00 tengahari.

4. Pada musim cuti persekolahan akhir tahun nanti, SRI Al Ainani akan menganjurkan program pendidikan seperti berikut : (Program ini terbuka kepada semua pelajar luar).

4.1    Kelas mengaji Iqra’ / Muqaddam / Al Quran, Bahasa Arab, Latihan Amali Ibadah dan Jawi untuk semua semua darjah.

4.2    Kelas Persediaan Darjah Satu (Asas Al Quran dan Jawi) untuk bakal Tahun Satu 2014.

4.3    Butir-butir kelas tersebut adalah seperti berikut :-

4.3.1 Tarikh                      :   2/12/2013 – 27/12/2013

4.3.2 Hari / Masa              :   Setiap hari Isnin –  Jumaat / 8.30 a.m. – 10.30 a.m.

4.3.3 Yuran                       :   RM 80.00 sahaja

4.4.4 Pengangkutan           :   Sila hubungi pihak SRI Al Ainani  ( 0162855627)                     atau

Pn Asmah : Bukit Tinggi, Botanic – 012 650 5452 ;

Pn Norehan : Kg Jawa , Andalas– 013 344 2442 ;

En Zul : Sentosa, Bandar Puteri – 012 221 3623 ;

5. Sila isikan keratan pengesahan, untuk memudahkan pihak sekolah membuat pesanan buku teks serta perancangan 2013. Pihak SRI Al Ainani ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada tuan/puan di atas kepercayaan dan sokongan kepada kami. Sekian, terima kasih.

 

Permohonan Kemasukan Murid Tingkatan Satu ( 1 ) Ke Sekolah Agama Menengah ( SAM ) / Sekolah Agama Menengah Tinggi ( SAMT ) Selangor Darul Ehsan.

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak SRI AL AINANI akan mengedarkan Borang Kemasukan  Murid Tingkatan Satu ( 1 )  Ke Sekolah Agama Menengah ( SMA ) / Sekolah Agama Menengah Tinggi ( SAMT ) Selangor Darul Ehsan kepada Palajar Tahun 6 di SRI AL AINANI. Syarat-Syarat adalah seperti berikut :

  1. PEMOHON , IBU DAN BAPA MESTILAH WARGANEGARA MALAYSIA ;
  2. BERUMUR DUA BELAS ( 12 ) / TIGA BELAS ( 13 ) TAHUN ;
  3. PENCAPAIAN AKADEMIK : LULUS ( PSRA ) 2013 & LULUS ( UPSR ) 2013 ;
  4. LULUS PRAKTIKAL PAMANTAPAN AMALI FARDHU AIN ( PAFA ) JAIS
  5. MURID LEPASAN SEKOLAH AGAMA NEGERI SELANGOR DAN MEMPUNYAI SIJIL PSRA 2013.
  6. BOLEH MEMBACA AL QURAN DENGAN LANCAR DAN FASIH
  7. BORANG PERMOHONAN MESTILAH LENGKAP DAN DISERTAKAN DENGAN SEMUA SALINAN DOKUMEN SOKONGAN YANG TELAH DISAHKAN

NOTA PENTING : PEMILIHAN DIBUAT BERDASARKAN KEPADA PERMOHONAN YANG MEMENUHI SYARAT ; CALON DISENERAI MENGIKUT PENCAPAIAN TERTINGGI PSRA DAN LULUS UPSR ; CALON YANG BERJAYA AKAN DITAWARKAN MENGIKUT ZON SEKOLAH YANG TELAH DITETAPKAN.

Manakala Bagi Kemasukan Murid ke Tingkatan Satu ( 1 ) Ke Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi ( MITST ) Selangor dan Sekolah Agama Menengah Bestari Subang Jaya sila lihat Syarat di Belakang Borang Permohonan.

 Borang-Borang ( SMA / SAMT/ MITST/SAM BESTARI ) hendaklah diisi dan disertakan dengan dokumen-dokumen sokongan yang disahkan dengan kadar segera ke Pejabat Pengurusan Sekolah SRI AL AINANI.

Segala pertanyaan sila hubungi Pejabat Sekolah di 03-33243629 atau 016-2855627. Sekian Harap maklum dan terima kasih.

 

Selamat Berjaya kepada 110 Bakal Calon PSRA-2013 ( 23-27 September 2013 )

 

Sekolah Rendah Islam Al Ainani ingin mengucapkan Selamat Berjaya kepada 110 Calon yang akan menduduki PSRA-2013 di Dewan Besar SRI AL AINANI. Peperiksaan ini akan berlangsung dari 23-27 September 2013. Calon diingatkan untuk hadir Jam 8.00 pagi bagi tujuan Ulangkaji dan Penerangan Akhir Tentang Peraturan Pepeperiksaan. Sila ikuti arahan guru kelas.Manakala Pelajar tahun 1 hingga 5 akan bercuti sepanjang minggu peperiksaan dijalankan. Sekian, harap maklum dan terima kasih.