
Adalah dimaklumkan bahawa SRI AL AINANI akan menganjurkan Program Motivasi bagi Pelajar tahun 4 – 6. Maklumat Program adalah seperti dibawah :
Tarikh : 23 Hingga 24 Mac 2013 ( Sabtu dan Ahad )
Tema : “ Membentuk Pelajar Cemerlang ”
Tempat : Sekolah Rendah Islam Al-Ainani
Bayaran Peserta : RM 100.00 ( Seorang )
Sinopsis Program :
Kaedah Khalifah membentuk peribadi cemerlang individu melalui gabungan nilai-nilai Islam dan ilmu psikologi modenPendekatan ini membolehkan seseorang individu mengenali diri sendiri, meneroka dan . mengenalpasti perubahan yang berlaku pada diri dari sudut karakter, sikap dan nilai disamping hubungan antara diri dengan Pencipta dan matlamat hidup di dunia ini.
Bagi para pelajar, pendekatan Khalifah dapat membantu mereka untuk lebih jelas berkenaan PANDANGAN ALAM yang tepat dan bermotivasi iaitu Islam disamping memahami peranan dan tanggungjawab mereka sebagai manusia secara amnya dan sebagai pelajar secara khususnya melalui KONSEP KHALIFAH. Selain itu, pelajar juga akan diperjelaskan berkenaan KATA HATI yang mempunyai pelbagai fungsi dalam membentuk jati diri sebagai seorang pelajar yang berketrampilan. Insya Allah, dengan melalui modul Khalifah ini, pelajar akan lebih bermotivasi untuk berjaya di dunia dan di akhirat.
Objektif :
1. Mengenalpasti pandangan alam yang tepat sebagai faktor yang kuat untuk mendorong individu mencapai kecemerlangan.
2. Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi personaliti diri.
3. Memperkasakan diri dengan kata hati yang betul.
Sehubungan dengan itu pelajar akan bermalam di sekolah ( Sila lihat lampiran tentatif program ) makan dan minum akan disediakan. Program ini di hadkan kepada 100 orang peserta sahaja. Jika tuan/ puan berminat sila isi borang peserta yang disediakan. Borang beserta dengan bayaran hendaklah dikembalikan kepada pejabat selewat-lewatnya 20 Mac ( Rabu ). Jika tuan ada apa-apa persoalan atau pertanyaan sila hubungi ( Sdr. Fahmi ) 016-2855627. Sekian harap maklum. Terima kasih.